Saturday, December 31, 2011

Kenangan Celebrate New Year di Burj Al-Khalifa.

Assalamualaikum.

Woohoo. Harini hari last kita berada di tahun 2011. Rasanya banyak sangat kenangan sepanjang 365 hari berlalu kan. Kenangan pahit dan manis bercantum lalu kita semadikan ia sebagai salah satu kenangan dalam hidup kita. Ececeh.


Ni gambar masa malam new year. Kitorang x sempat tangkap gambar dgn manusia tinggi ni.


Yang pasti aku nak korek balik kenangan aku semasa menyambut tahun baru 2011 di negara orang. Guess what. Masa tahun baru 2011 itu hari aku berada di Dubai, dan sekarang untuk tahun baru 2012 aku berada di negara sendiri. Erk, macam lah tahun-tahun lain kau dekat negara orang kan! Okay, aku agak batak disitu. Haha. Dah setahun telah berlalu, sangat cepatkan masa berjalan.

Teringat masa malam menyambut tahun baru dekat Dubai tu, Family kakak aku ajak kitorang pergi celebrate new year kat Burj Khalifa, Dubai sebab kat situ ada macam-macam pertunjukan sempena new year ni. Kitorang pun pergi dengan semangatnya. Sebaik je selesai solat isya' kami pun bertolak menuju ke tempat yang ingin dituju.

Sampai sana, okay masih lengang. Boleh jalan dengan bahagianya. Kami pun terus pergi ke tempat dimana bunga api serta air pancut-pancut akan diadakan. Bila dah dapat tempat kami pun duduk tanpa bangun-bangun takut orang ambik tempat kami. (Tempat tu kaki lima je pun. HAHAHA)

Masa berjalan dan berjalan tiba-tiba apa yang kitorang nampak depan mata kitorang hanyalah manusia. Tiada lagi ruang-ruang kosong dan ini menandakan orang semakin ramai walhal masa tu baru pukul 10 pm. Damn damn. Kitorang mulai resah tetapi hati tetap ingin merasa menyambut detik 2011.

Lepak punya lepak, tiba-tiba kakak aku ajak balik sebab dia kata rimas sangat sampai takde ruang nak bernafas. Manusia dari setiap pelusuk negara datang untuk menyambut new year di bangunan tertinggi di dunia itu. Kitorang tak terkecuali. Huwaaaaa aku hanya mampu meraung sebab kakak aku dah ajak balik diiringi anggukan dari kepala ibuku dan juga abang iparku. Padahal dalam hati pun aku risau juga takut keadaan jadi tak terkawal.

Kitorang pun berjalan pulang. Okay, kan manusia ramai sangat kan, kitorang ambek masa hampir sejam untuk keluar dari bangunan tu. Yang best sekali, cuma kitorang berenam je yang berjalan keluar bangunan, sebaliknya hampir ratus-ratus orang menuju masuk ke dalam bangunan. Lepas tu kitorang naik kereta dan kitorang pulang ke hotel. Dalam kereta masing-masing menyesal perlu ke kitorang datang Burj Khalifa tu untuk sambut new year? Tak perlu kot. Kat Malaysia even a once pun tak pernah kot gi KLCC mahupun dataran merdeka untuk celebrate new year. HAHAHAHA.

Moral of the story : Tak payah la sambut new year kat tempat-tempat yang ditakuti keadaan akan jadi tak terkawal kerana ianya akan membahayakn kesihatan lagi-lagi kalau kita ada penyakit-peyakit yang melibatkan keadaan-keadaan seperti asthma dan yang seumpama dengannya. Maksud aku, kita sambut dekat rumah je la depan tv tak pun depan laptop. =)

Lastly, Goodbye 2011 and Welcome 2012.
(Dalam kegembiraan jangan lupa akan amaran-amaran 2012 yang telah kita ketahui. Wallahua'lam)



No comments:

Post a Comment