Saturday, December 17, 2011

Polis betul ke Polis tipu?

Assalamualaikum.

First sekali sorry la kalau entry aku kali ni ada menyinggung mana-mana pihak.

Aku nak share satu cerita yang sampai sekarang aku dok pikir dan risau. Petang tadi tepat pukul 450 pm aku membelahkan diri aku untuk pergi ke taman tempat aku berjoging. Aku berserah je kehadrat Ilahi mintak-mintak petang tu tak hujan. Tapi aku tengok langit takde yang berkaler hitam. Aku rasa lega tapi dalam hati duk doa mintak-mintak la tak hujan dapat lah aku buang lemak tepu dalam badan ni.

Setelah berjalan lebih kurang 10 minit aku pun sampai ke tempat kejadian. Aku pun bergegas ke tempat yang aku selalu letak botol air aku. Lepas itu aku pun bergegas lagi ke trak joging lantas memulakan aktiviti warming up. Dimulakan dengan menarik nafas. 1, 2, 3 tarik nafas............(dengan tangan diangkat dari bawah  keatas menggunakan teknik macam masa sekolah dulu masa pjk). Tiba-tiba..... aik, apesal ada air-air pulak ni. Homaiiii........... Hujan ye hujan. Agak kecewa sedikit pada masa itu. Lepas tu aku tengok langit, aik takde langit hitam-hitam pun. Ha ni mesti hujan kejap-kejap je. Alhamdulillah.

Aku pun lantas berlari ke pondok yang berdekatan. Sedang aku leka membelek-belek handphone aku, tiba-tiba ada suara menerpa. Terlihat kelibat dua orang pak polisi (muda lagi) tengah berdiri kat depan aku lepas tu dengan tidak malunya terus duduk kat depan aku.

Polis : Dik, buat apa duduk sini?

Aku : (Buta ke hape. Nak je aku jawab tengah jahit baju, tak nampak ke?) Tak buat apa, tunggu hujan reda.

Polis : Oh nak jogging ye. Tinggal mana dik?

Aku : Tu apartment depan tu je.

Lepas tu dia tanya macam-macam. Asal mana, kerja mana, rumah duduk berapa orang dan etc. Aku pun jawab semua soalan dia memandangkan diorang polis aku pun hormat la. Last sekali aku komen, banyaknya tanya encik ni.

Aku : Saya plak nak tanya, encik buat apa kat sini, ronda ke.

Polis : Aah la dik. Takkan kitorang nak shopping kat sini kot. (Aik, kenakan aku balik.) Ni dik, nak mintak isi sikit satu borang. Borang ni maklumat orang awam masa kitorang ronda-ronda.

Aku : Ha yeke? Borang pe plak.... Betul ke ni?

Polis : Betul la dik. Nak buat apa kitorang menipu.

Aku : Ha tolong tunjuk dekat saya kad polis encik. Saya nak check betul ke tak.

Polis: La.... Takkan kitorang nak tipu dik. Tak nampak ni baju *sambil tunjuk nama jahit kat baju*, pistol, kete polis tu.

Aku : sekarang ni kan encik macam-macam boleh berlaku. Tunjuk la...

Polis : La adik ni takkan abang nak menipu plak?? *Ha? ABANG? wat de heyyyy...*

Aku : Asal taknak tunjuk, tunjuk la. Kalau cerita orang putih tu CSI, dorang tunjuk je kad diorang.

Polis : Aduhai takkan la abang nak menipu sayang oii... *Ha? sayang plakkkk..... sekali lagi wat de hey!
*Dia pun tunjuk kad polis dia. Aku nampak ada Lans Koperal nama dia.*

Okey fine, aku pun isi tapi alamat aku tipu sikit-sikit. Lepas tu aku terus cakap thanks and aku blah since hujan pun dah reda. Dorang siap mintak ni phone bagai, siap tanya balak mana tak joging sama ke. Aku buat tak tau je.

Aku tak tau kenapa aku macam was-was dekat diorang ni bila dorang suruh isi borang tu. Betul ke diorang polis? Betul ke borang tu kena isi? Bukan apa, sekarang ni macam-macam boleh jadi. Aku cuma doa mintak-mintak la takde apa yang berlaku pada masa hadapan. Sampai sekarang aku dok risau betul ke polis betul atau menyamar?

Kenapa aku ragu-ragu:

1. Sebab diorang gatal semacam. Ayat diorang macam bukan ayat polis-polis. Atau aku yang tak pernah cakap dengan polis. Polis memang macam tu ke? Polis bukan jaga ayat dia ke?

2. Sebab kena isi borang requires IC no dan alamat. Oh damn. Aku bagi IC betul plak tu alamat je edit sikit. Mintak-mintak la takde apa berlaku lepas ni.

Pengajaran yang aku dapat hari ni, hati-hati la dengan semua orang yang kita jumpa dan jangan mudah percaya.

No comments:

Post a Comment