Wednesday, December 14, 2011

Makanan itu jiwa aku tapi tak dapat tengok Masterchef.


Assalamualaikum.

Tengok tajuk tengok tajuk. Macam takde link je kan tajuk aku tu. Heeeee. Kalau bukan tentang makanan bukanlah aku. Aku suka semua tentang makanan. Tu maknanya aku bukan saja suka makan sesuatu makanan tau. Korang ni agak-agak la der. Mentang-mentang lah aku gemuk, korang telah buat hipotesis mengatakan kalau gemuk je suka makan. Kalau suka makan je gemuk. Habis tu macam mana dengan gajah tu tak makan pun gemuk je? Aik macam kenal je ayat ni. Copy paste ayat Sepah. Wakakakakaka....
(Lawak sangat ke? -_-)

Yang sebenarnya aku bukan je suka makan tapi aku juga suka tengok sesuatu makanan dan perasaan ingin tahu yang maksima akan berlaku dimana aku akan tertanya-tanya resipi apa yang digunakan untuk membuat makanan tersebut dan selepas itu akan timbul pula keinginan yang membuak-buak untuk cuba memasak makanan tersebut. *Fuhh... Panjang gila ayat aku baru jumpa noktah.*


Peserta favourite aku dalam Masterchef Malaysia. Zamir. Aku suka sebab dia handal dalam membuat  dessert :)


Korang! Sebab tu rancangan Favourite aku kat TV kebanyakannya semua adalah rancangan masakan. Channel favourite kalau tengok tv sorang-sorang adalah 703 AFC. Kalau tengok tv ramai-ramai, bukak pulak channel ni takut dorang kata aku wat tv  tu macam tv hak sendiri. Rancangan realiti kegemaran? Sudah tentulah Masterchef, Top Chef, Hells Kitchen dan sebagainya. Haha.. Obses kan?


Dan disini ingin aku ceritakan dan luahkan, diri ini tersangatlah sedih kerana sudah dua minggu diri ini tidak menonton Masterchef Malaysia. Huwaaaaa.... T_T Diri ini tersangatlah hampa, bukan sahaja diri ini yang hampa tetapi diri housemate-housemate ku juga hampa kerana alasan yang sama. Diri kami sudah sebati menonton Masterchef bersama-sama kini tidak lagi. (Perlu ke sedih sampai macam ni sekali? Hahaha)

Itu sahaja la yang diri ini mau kongsi. Ni je sebenarnya yang aku nak cerita. Teeheeee.... :)

Ini pulak peserta favourite aku gak dalam Masterchef Australia. Callum sebab dia macam Zamir handal masak dessert, Adam pulak sebab  ada darah Malaysia. Hoyeh! 

No comments:

Post a Comment