Assalamualaikum dan hai!
Ehem ehem. Apa lagi intro yang aku boleh cakap melainkan perasaan kaget dan tergamam dengan diri sendiri yang sedang terkial-kial menekan-nekan keyboard untuk menghapdet blog. Satu keajaiban bukan. Hehehe.
Okay jangan salah sangka. Ianya bukanlah sebab aku rajin, buat-buat rajin atau buang tebiat ke hape tapi ini adalah disebabkan oleh perasaan kacau bilau + excited dalam diri ini bila mengingatkan semalam adalah 7 December. Oh apakah? Ada ape-ape ke yang berlaku? YE ADE. hahahaha.
| nice ha? handmade ni tau. |
Ha... ni yang aku nak ulangkaji ni. Maka tersebutlah kisah... tanggal 7 Dec 2010 *tahun lepas ye* adalah tarikh paling bahagia buat diriku ini. Yehaaa... Sebab pada tarikh itu aku dapat menjejakkan kaki ke negara orang iaitu Dubai yang terletak di negara arab United Arab Emirates selama 30 hari yakni sebulan. Eh excited gila aku. Yela sebab that was my first time went to overseas. huhuhu. Bytheway thanks to my lovely mum tanpa beliau siapalah aku. hehehe.
| Scenery of Dubai. |
Beberapa perkara yang korang harus tahu tentang Dubai:
1. Negara yang sangat modern. Building cantik-cantek dan kreatif. kat sana aku banyak tergamam je.
2. Seperti negara arab yang lain, makanan yg kita beli tersangat la banyak kuantiti dia. kalau di Malaysia boleh makan 2,3 orang.
3. Design siling dalam bangunan sangatlah cantik. *ni mak aku punye point.*
4. Terdapat bangunan paling tinggi di dunia iaitu Burj Khalifa.
5. Barang-barang mahal. jadi kalau nak pergi sana silalah bawak duit berkepuk-kepuk okay. :D
6. Terdapat pulau ciptaan yg sangat cantik dinamakan Palm Jumairah. Rumah-rumah kat situ tersangatlah heaven ye. Dan David Beckham ada beli seunit umah disitu. Untung laaaa.
![]() |
| Palm Jumairah. Cantik tak cantik tak. cantik kan? |
Okaylah. Biarlah aku berhenti sampai disini sahaja. Bak kata orang biarlah gambar yang menceritakan keenakan negara Dubai ini. Kalau aku cerita agaknya sampai besok malam aku duk menaip lagi. Excited punya pasal. huahuahua.
| belakang adalah Burj Al-Arab - sejenis hotel. |
| padang pasir yaw. |
| aku di Masjid Putih, Abu Dhabi. |
| Syurga Abaya (jubah) |
| syurga kain-kain yang majoriti adalah berkilat-kilat. |
muka bahagia dapat shopping kain. |
| my mum with jer cucus |
| good? hehehe. |
| Masjid Putih Abu Dhabi |
| my mom at Atlantis. |
| Stesen LRT mereka. Canggih siotttt. |
| Burj Al-Khalifa -Bangunan tertinggi. |
| ini lah dia yang mak aku cakap siling shopping complex diorang cantik. cantik tak? |
| ini bukan siling masjid sebaliknya shopping complex. |
| ini lah dia Nasi Mandi. favourite aku. teeheee. |
| Sarapan mereka. |
| sebab tu jangan tanya kenapa aku gemuk :D |
Dan yang terakhir kalinya, terima kasih yang tidak terhingga kepada bunda ku ini kerana telah menyapot percutian kami. Love u mak!
Dan juga kepada Family kakakku ini yang sudi melayan kami sepanjang kami berada disana. Semoga mereka sentiasa dimurahkan rezeki. xoxo!!
The End.

No comments:
Post a Comment