Thursday, January 5, 2012

Belajar daripada Kesilapan


Belajar daripada kesilapan. Ye, itu lah ayat yang paling sesuai dan paling ngam untuk aku dikala ini. Actually I am not in a good mood at this moment. You know bila Stress+Geram bergabung menjadi satu and it involves money. Ohhhhhhhh. And I’ll try not to write this entry emotionally.  Senyum sikit. 

 “Dear, it looks like I’m going to tell the whole world about my problems but mind u, this can be a good example and good pengajaran to all of u yang nak rent a room. House there might be no problem as the deposit of the rental house normally amount besar-besar  dan orang takkan pandang ringan hal tu. *Orang here means the tenants. Like me. “

When it involves MONEY, Trust No One

Ini semua adalah berpunca daripada tuan rumah sewa lama aku. Haih sangat pedih rasanya bila kenangkan balik hal ni. Beberapa bulan yg lepas aku ada menyewa satu bilik kat area Ampang. Sewa 250 sebulan, Term of deposit 1+1 makna total aku kena bagi 500. Dan bila aku tanya deposit nanti dapat balik ke, dia jawab ye, masa nak keluar duit tu akan dapat balik. Fine.

Okay, semua berjalan dengan lancar, aku bayar dan aku masuk rumah tu. After 2 months duduk situ, aku beserta housemate aku yang juga mangsa keadaan  diarahkan pindah sebab rumah tu nak renovate. (katanya, betul atau tak wallahua’lam la kan)

Kitorang pun bagaikan cacing keapanasan pergi carik umah sewa baru dalam hanya 3 malam. Carik punya carik alhamdulillah kitorang jumpa rumah baru. Tapi bila tiba masa kitorang nak belah dari rumah lama tu kitorang diberitahu duit deposit kitorang akan diberi bulan November. Okay kitorang diarahkan keluar 30 September tapi dia kata dia nak bayar 1 November. Boleh bayangkan tak. Maknanye kitorang kena tunggu sebulan. Ikut suka kepala lutut dia je. Atas alasan tunggu deposit dapat dari penyewa baru. Do we look like we care?

Dorang tak piker ke kitorang nak move in rumah baru kitorang kena bayar deposit baru pulak? Dorang lupa ke penyewa dorang ni bukanlah anak raja, anak menteri mahupun anak orang kaya yang boleh dapat duit deposit baru sewenang-wenangnya. Tapi malangnya kitorang bagaikan lembu dicucuk hidung dan bersetuju dan lantas terus angkat kaki dari rumah itu. Maknanya kitorang belah dr rumah tu dengan kepercayaan penuh didada bahawa 1 November nanti diorang akan bayar balik duit kitorang tu. Bodoh tak? Bodoh kan.

Aku tak tau kenapa aku jadi macam tu. Sepatutnya aku cakap gini “Hei korang taknak bayar duit kitorang, kitorang tanak keluar” Gitu dong. Tapi malangnya nasik ayam dah jadi bubur ayam. Ape boleh buat sampai ke saat ini, minit ini, duit kitorang tu tak dapat2 jugak. Jangan kata aku tak mintak aku siap call n sms bagai tapi takde balasan. Yang lagi geram bila aku call no dia, dia boleh kata ini bukan nombor sipulan-sipulan. Hanginnya weh Tuhan je yang tau. Kau dapat bayangkan tak duit 250 yang aku boleh buat makan sebulan takpun aku boleh bayar duit sewa rumah aku yg sekarang ni sebulan jugak  burn gitu je. Rasa nak buat polis report je. Eh ada ke hilang 250 orang buat polis report. Hehe.

apa kena mengena ct dalam hal ni? Hehe.


Makanya aku nak nasihat sikit. Kepada siapa-siapa yang nak sewa bilik, jangan la jadi macam aku. Masa nak sewa rumah tu Tanya la tentang term of the deposit rumah tu. Ini sepanjang pengalaman aku la ye, samada:

1. Duit deposit tu dapat semula masa nak keluar. Maknanya kita tak payah carik tenant baru. 
(Ini macam kes aku, So kalau dapat yang ni, SILA make sure sebelum angkat kaki, tangan korang dah dapat note2 duit  tersebut. Kalau tak dapat jugak jangan angkat kaki)

2. Duit deposit tak dapat balik tapi untuk bulan yang terakhir kita duduk situ kita kena inform kat tuan rumah yg kita nak keluar dan kita tak payah bayar sewa untuk bulan tu. 
(This one quite safe. Probability kena tipu lower)

3. Duit deposit dapat balik drpd penyewa baru. Biasanya 2 minggu sebelum kita nak belah dr situ kita yg kena carik penyewa baru untuk bilik tu, penyewa baru akan byr deposit dan kita akan dapat balik deposit tu. (Ni pun safe jugak as long as korang dapat carik penyewa baru, kalau tak dapat jugak no komen.Haha)

Jadi moralnya disini kita kenalah berhati-hati la dengan term of deposit yang tuan rumah bagi kalau tak berhati-hati jadi la macam aku ni, gigit jari beb.

Kepada sipulan-sipulan, berseronok-seronok lah anda dengan duit haram yang anda dapat tu. Kenyang k e ek makan duit haram? (Opps teremosi la pulak)

Dan aku “ WAITING FOR MIRACLES THAT SOMEDAY THEY WILL RETURN MY MONEY”

The most important lessons in life are learnt from mistakes.


Peace Yo!






No comments:

Post a Comment