Saturday, December 31, 2011

Kenangan Celebrate New Year di Burj Al-Khalifa.

Assalamualaikum.

Woohoo. Harini hari last kita berada di tahun 2011. Rasanya banyak sangat kenangan sepanjang 365 hari berlalu kan. Kenangan pahit dan manis bercantum lalu kita semadikan ia sebagai salah satu kenangan dalam hidup kita. Ececeh.


Ni gambar masa malam new year. Kitorang x sempat tangkap gambar dgn manusia tinggi ni.


Yang pasti aku nak korek balik kenangan aku semasa menyambut tahun baru 2011 di negara orang. Guess what. Masa tahun baru 2011 itu hari aku berada di Dubai, dan sekarang untuk tahun baru 2012 aku berada di negara sendiri. Erk, macam lah tahun-tahun lain kau dekat negara orang kan! Okay, aku agak batak disitu. Haha. Dah setahun telah berlalu, sangat cepatkan masa berjalan.

Teringat masa malam menyambut tahun baru dekat Dubai tu, Family kakak aku ajak kitorang pergi celebrate new year kat Burj Khalifa, Dubai sebab kat situ ada macam-macam pertunjukan sempena new year ni. Kitorang pun pergi dengan semangatnya. Sebaik je selesai solat isya' kami pun bertolak menuju ke tempat yang ingin dituju.

Sampai sana, okay masih lengang. Boleh jalan dengan bahagianya. Kami pun terus pergi ke tempat dimana bunga api serta air pancut-pancut akan diadakan. Bila dah dapat tempat kami pun duduk tanpa bangun-bangun takut orang ambik tempat kami. (Tempat tu kaki lima je pun. HAHAHA)

Masa berjalan dan berjalan tiba-tiba apa yang kitorang nampak depan mata kitorang hanyalah manusia. Tiada lagi ruang-ruang kosong dan ini menandakan orang semakin ramai walhal masa tu baru pukul 10 pm. Damn damn. Kitorang mulai resah tetapi hati tetap ingin merasa menyambut detik 2011.

Lepak punya lepak, tiba-tiba kakak aku ajak balik sebab dia kata rimas sangat sampai takde ruang nak bernafas. Manusia dari setiap pelusuk negara datang untuk menyambut new year di bangunan tertinggi di dunia itu. Kitorang tak terkecuali. Huwaaaaa aku hanya mampu meraung sebab kakak aku dah ajak balik diiringi anggukan dari kepala ibuku dan juga abang iparku. Padahal dalam hati pun aku risau juga takut keadaan jadi tak terkawal.

Kitorang pun berjalan pulang. Okay, kan manusia ramai sangat kan, kitorang ambek masa hampir sejam untuk keluar dari bangunan tu. Yang best sekali, cuma kitorang berenam je yang berjalan keluar bangunan, sebaliknya hampir ratus-ratus orang menuju masuk ke dalam bangunan. Lepas tu kitorang naik kereta dan kitorang pulang ke hotel. Dalam kereta masing-masing menyesal perlu ke kitorang datang Burj Khalifa tu untuk sambut new year? Tak perlu kot. Kat Malaysia even a once pun tak pernah kot gi KLCC mahupun dataran merdeka untuk celebrate new year. HAHAHAHA.

Moral of the story : Tak payah la sambut new year kat tempat-tempat yang ditakuti keadaan akan jadi tak terkawal kerana ianya akan membahayakn kesihatan lagi-lagi kalau kita ada penyakit-peyakit yang melibatkan keadaan-keadaan seperti asthma dan yang seumpama dengannya. Maksud aku, kita sambut dekat rumah je la depan tv tak pun depan laptop. =)

Lastly, Goodbye 2011 and Welcome 2012.
(Dalam kegembiraan jangan lupa akan amaran-amaran 2012 yang telah kita ketahui. Wallahua'lam)



Sunday, December 18, 2011

Cool Blog: Nikmat Makan dan Minum

Assalamualaikum.

Hidup ini kadangkala memerlukan kita untuk membazir. Tapi kejap, kalau untuk makanan tak membazir sangat kan. *What the fish intro aku*

Baru-baru ni aku telah kepingin untuk menjamah atau menghirup ice blended yang terdapat puluhan black pearl didalamnya. Aku siap mesej kawan aku ye tanya mana nak dapat ice blended yang ada pearl-pearl. Hahaha. Tegar sungguh.  Aku memang dah jarang sangat-sangat menjenguk-jenguk dan menghapdate makanan trend terkini. (Makanan pun ada trend ke.) Ketinggalan sungguh.

Teringat dulu masa belajar kat UUM ada kawan aku ni meniaga ice blended lepas tu dia letak black pearl tu. Sangat heaven minum ice blended tu lepastu bila sedut-sedut dapat pearl. Fuhhhh... Nikmat yaw.

Dan minggu lepas masa aku jumpa member aku kat klcc aku luahkan lah rasa kepingin dihati ini. Lantas beliau berkata last week beliau baru lepas minum ice blended ada pearl-pearl kat Blog Cool. Lepas tu aku macam pelik. Weh. Cool Blog la bukan blog cool. Aku tau pun sebab aku nampak kat Ampang Park baru bukak. Hahaha. *Dalam hati : Laaa.. Cool Blog tu kedai ice blended ke. Apesal la aku taktau? Confirm a lepas ni seminggu 2,3 kali aku akan masuk kedai ni*

Dandan time tu jugak dia ajak aku pergi terjah Ampang Park untuk beli ice blended kat Cool Blog. Tegar ye kitorang dimana aku harus berpatah balik dari KLCC ke Ampang Park semula.

Aku memang terkejut sebab bila masuk je kedai ni mata aku terus tertumpu pada harga. Dan GULP.. bapak murah wei. Harga tak lebih RM 5 pun. Yabedibiduuu!!! *Jakun gila...............T__T *

Dan Taraaaaaa......... Coffee Premium Blog : RM 4.10


Nikmat hidup dikecapi bila dapat minum Ice Blended with Black Pearl kat Cool Blog sambil makan donut. Alhamdulillah... :)


p/s: thanks kawan kerana merialisasikan impian aku juga belanja aku. Teeheeee.

Saturday, December 17, 2011

Polis betul ke Polis tipu?

Assalamualaikum.

First sekali sorry la kalau entry aku kali ni ada menyinggung mana-mana pihak.

Aku nak share satu cerita yang sampai sekarang aku dok pikir dan risau. Petang tadi tepat pukul 450 pm aku membelahkan diri aku untuk pergi ke taman tempat aku berjoging. Aku berserah je kehadrat Ilahi mintak-mintak petang tu tak hujan. Tapi aku tengok langit takde yang berkaler hitam. Aku rasa lega tapi dalam hati duk doa mintak-mintak la tak hujan dapat lah aku buang lemak tepu dalam badan ni.

Setelah berjalan lebih kurang 10 minit aku pun sampai ke tempat kejadian. Aku pun bergegas ke tempat yang aku selalu letak botol air aku. Lepas itu aku pun bergegas lagi ke trak joging lantas memulakan aktiviti warming up. Dimulakan dengan menarik nafas. 1, 2, 3 tarik nafas............(dengan tangan diangkat dari bawah  keatas menggunakan teknik macam masa sekolah dulu masa pjk). Tiba-tiba..... aik, apesal ada air-air pulak ni. Homaiiii........... Hujan ye hujan. Agak kecewa sedikit pada masa itu. Lepas tu aku tengok langit, aik takde langit hitam-hitam pun. Ha ni mesti hujan kejap-kejap je. Alhamdulillah.

Aku pun lantas berlari ke pondok yang berdekatan. Sedang aku leka membelek-belek handphone aku, tiba-tiba ada suara menerpa. Terlihat kelibat dua orang pak polisi (muda lagi) tengah berdiri kat depan aku lepas tu dengan tidak malunya terus duduk kat depan aku.

Polis : Dik, buat apa duduk sini?

Aku : (Buta ke hape. Nak je aku jawab tengah jahit baju, tak nampak ke?) Tak buat apa, tunggu hujan reda.

Polis : Oh nak jogging ye. Tinggal mana dik?

Aku : Tu apartment depan tu je.

Lepas tu dia tanya macam-macam. Asal mana, kerja mana, rumah duduk berapa orang dan etc. Aku pun jawab semua soalan dia memandangkan diorang polis aku pun hormat la. Last sekali aku komen, banyaknya tanya encik ni.

Aku : Saya plak nak tanya, encik buat apa kat sini, ronda ke.

Polis : Aah la dik. Takkan kitorang nak shopping kat sini kot. (Aik, kenakan aku balik.) Ni dik, nak mintak isi sikit satu borang. Borang ni maklumat orang awam masa kitorang ronda-ronda.

Aku : Ha yeke? Borang pe plak.... Betul ke ni?

Polis : Betul la dik. Nak buat apa kitorang menipu.

Aku : Ha tolong tunjuk dekat saya kad polis encik. Saya nak check betul ke tak.

Polis: La.... Takkan kitorang nak tipu dik. Tak nampak ni baju *sambil tunjuk nama jahit kat baju*, pistol, kete polis tu.

Aku : sekarang ni kan encik macam-macam boleh berlaku. Tunjuk la...

Polis : La adik ni takkan abang nak menipu plak?? *Ha? ABANG? wat de heyyyy...*

Aku : Asal taknak tunjuk, tunjuk la. Kalau cerita orang putih tu CSI, dorang tunjuk je kad diorang.

Polis : Aduhai takkan la abang nak menipu sayang oii... *Ha? sayang plakkkk..... sekali lagi wat de hey!
*Dia pun tunjuk kad polis dia. Aku nampak ada Lans Koperal nama dia.*

Okey fine, aku pun isi tapi alamat aku tipu sikit-sikit. Lepas tu aku terus cakap thanks and aku blah since hujan pun dah reda. Dorang siap mintak ni phone bagai, siap tanya balak mana tak joging sama ke. Aku buat tak tau je.

Aku tak tau kenapa aku macam was-was dekat diorang ni bila dorang suruh isi borang tu. Betul ke diorang polis? Betul ke borang tu kena isi? Bukan apa, sekarang ni macam-macam boleh jadi. Aku cuma doa mintak-mintak la takde apa yang berlaku pada masa hadapan. Sampai sekarang aku dok risau betul ke polis betul atau menyamar?

Kenapa aku ragu-ragu:

1. Sebab diorang gatal semacam. Ayat diorang macam bukan ayat polis-polis. Atau aku yang tak pernah cakap dengan polis. Polis memang macam tu ke? Polis bukan jaga ayat dia ke?

2. Sebab kena isi borang requires IC no dan alamat. Oh damn. Aku bagi IC betul plak tu alamat je edit sikit. Mintak-mintak la takde apa berlaku lepas ni.

Pengajaran yang aku dapat hari ni, hati-hati la dengan semua orang yang kita jumpa dan jangan mudah percaya.

Wednesday, December 14, 2011

Makanan itu jiwa aku tapi tak dapat tengok Masterchef.


Assalamualaikum.

Tengok tajuk tengok tajuk. Macam takde link je kan tajuk aku tu. Heeeee. Kalau bukan tentang makanan bukanlah aku. Aku suka semua tentang makanan. Tu maknanya aku bukan saja suka makan sesuatu makanan tau. Korang ni agak-agak la der. Mentang-mentang lah aku gemuk, korang telah buat hipotesis mengatakan kalau gemuk je suka makan. Kalau suka makan je gemuk. Habis tu macam mana dengan gajah tu tak makan pun gemuk je? Aik macam kenal je ayat ni. Copy paste ayat Sepah. Wakakakakaka....
(Lawak sangat ke? -_-)

Yang sebenarnya aku bukan je suka makan tapi aku juga suka tengok sesuatu makanan dan perasaan ingin tahu yang maksima akan berlaku dimana aku akan tertanya-tanya resipi apa yang digunakan untuk membuat makanan tersebut dan selepas itu akan timbul pula keinginan yang membuak-buak untuk cuba memasak makanan tersebut. *Fuhh... Panjang gila ayat aku baru jumpa noktah.*


Peserta favourite aku dalam Masterchef Malaysia. Zamir. Aku suka sebab dia handal dalam membuat  dessert :)


Korang! Sebab tu rancangan Favourite aku kat TV kebanyakannya semua adalah rancangan masakan. Channel favourite kalau tengok tv sorang-sorang adalah 703 AFC. Kalau tengok tv ramai-ramai, bukak pulak channel ni takut dorang kata aku wat tv  tu macam tv hak sendiri. Rancangan realiti kegemaran? Sudah tentulah Masterchef, Top Chef, Hells Kitchen dan sebagainya. Haha.. Obses kan?


Dan disini ingin aku ceritakan dan luahkan, diri ini tersangatlah sedih kerana sudah dua minggu diri ini tidak menonton Masterchef Malaysia. Huwaaaaa.... T_T Diri ini tersangatlah hampa, bukan sahaja diri ini yang hampa tetapi diri housemate-housemate ku juga hampa kerana alasan yang sama. Diri kami sudah sebati menonton Masterchef bersama-sama kini tidak lagi. (Perlu ke sedih sampai macam ni sekali? Hahaha)

Itu sahaja la yang diri ini mau kongsi. Ni je sebenarnya yang aku nak cerita. Teeheeee.... :)

Ini pulak peserta favourite aku gak dalam Masterchef Australia. Callum sebab dia macam Zamir handal masak dessert, Adam pulak sebab  ada darah Malaysia. Hoyeh! 

Thursday, December 8, 2011

7 December 2010 ~ Sweet Memories


Assalamualaikum dan hai!

Ehem ehem. Apa lagi intro yang aku boleh cakap melainkan perasaan kaget dan tergamam dengan diri sendiri yang sedang terkial-kial menekan-nekan keyboard untuk menghapdet blog. Satu keajaiban bukan. Hehehe.

Okay jangan salah sangka. Ianya bukanlah sebab aku rajin, buat-buat rajin atau buang tebiat ke hape tapi ini adalah disebabkan oleh perasaan kacau bilau + excited dalam diri ini bila mengingatkan semalam adalah 7 December. Oh apakah? Ada ape-ape ke yang berlaku? YE ADE. hahahaha.


nice ha? handmade ni tau.

Ha... ni yang aku nak ulangkaji ni. Maka tersebutlah kisah... tanggal 7 Dec 2010 *tahun lepas ye* adalah tarikh paling bahagia buat diriku ini. Yehaaa... Sebab pada tarikh itu aku dapat menjejakkan kaki ke negara orang iaitu Dubai yang terletak di negara arab United Arab Emirates selama 30 hari yakni sebulan. Eh excited gila aku. Yela sebab that was my first time went to overseas. huhuhu. Bytheway thanks to my lovely mum tanpa beliau siapalah aku. hehehe.


Scenery of Dubai.

Beberapa perkara yang korang harus tahu tentang Dubai:

1. Negara yang sangat modern. Building cantik-cantek dan kreatif. kat sana aku banyak tergamam je.

2. Seperti negara arab yang lain, makanan yg kita beli tersangat la banyak kuantiti dia. kalau di Malaysia boleh makan 2,3 orang.

3. Design siling dalam bangunan sangatlah cantik. *ni mak aku punye point.*

4. Terdapat bangunan paling tinggi di dunia iaitu Burj Khalifa.

5. Barang-barang mahal. jadi kalau nak pergi sana silalah bawak duit berkepuk-kepuk okay. :D

6. Terdapat pulau ciptaan yg sangat cantik dinamakan Palm Jumairah. Rumah-rumah kat situ tersangatlah heaven ye. Dan David Beckham ada beli seunit umah disitu. Untung laaaa.

Palm Jumairah. Cantik tak cantik tak. cantik kan?

Okaylah. Biarlah aku berhenti sampai disini sahaja. Bak kata orang biarlah gambar yang menceritakan keenakan negara Dubai ini. Kalau aku cerita agaknya sampai besok malam aku duk menaip lagi. Excited punya pasal. huahuahua.

belakang adalah Burj Al-Arab - sejenis hotel.

padang pasir yaw.



aku di Masjid Putih, Abu Dhabi.
Syurga Abaya (jubah)


syurga kain-kain yang majoriti adalah berkilat-kilat.

muka bahagia dapat shopping kain.


my mum with jer cucus


good? hehehe.

Masjid Putih Abu Dhabi


my mom at Atlantis.

Stesen LRT mereka. Canggih siotttt.

Burj Al-Khalifa -Bangunan tertinggi.


ini lah dia yang mak aku cakap siling shopping complex diorang cantik. cantik  tak?
ini bukan siling masjid sebaliknya shopping complex.

ini lah dia Nasi Mandi. favourite aku. teeheee.

Sarapan mereka.


sebab tu jangan tanya kenapa aku gemuk :D



Dan yang terakhir kalinya, terima kasih yang tidak terhingga kepada bunda ku ini kerana telah menyapot percutian kami. Love u mak!


Dan juga kepada Family kakakku ini yang sudi melayan kami sepanjang kami berada disana. Semoga mereka sentiasa dimurahkan rezeki. xoxo!!



The End.

Tuesday, December 6, 2011

RASA BERSALAH....... :(

Assalamualaikum dan hai!

Wah agak semangat aku nak update blog harini. Mimpi apa aku ni. Maknanya selama ni aku hangat-hangat tahi ayam je update blog ni. hahaha. Bila rasa semangat ada cerita nak share baru nak hapdet! hihihi.

Ianya berkisar tentang kisah aku beli kuih petang tadi lepas balik keje. Normal lah memang boleh kata tiap-tiap petang aku akan beli kuih kesukaan aku, PAU SAMBAL. turun-turun tren je aku akan menuju kat makcik jual kuih ni. harini aku excited nak beli sebab perut rasa lapar gila.

ini lah kuih favourite ku. pau sambal :D

aku : cik, pau sambal ada? (soalan pertama aku tanya, sebab kalau takde pau sambal aku taknak beli kuih lain. hahaha)

makcik : ada dik. nak berapa?

aku : bagi seringgit ye...

makcik tu pun isikan kuih dalam plastik.

aku : teringat dulu kecik-kecik saya suka sangat kuih ni cik, sekarang dah susah nak jumpa. nasib baik makcik jual *sambil muka sengih-sengih cam kerang lapar*

dan lepas tu aku pelik eh kenapa muka makcik ni biasa je. takkan takde perasaan kot aku cakap camtu. at least senyum ke...

makcik : memang... sebab makcik jual 3 seringgit. orang lain jual 4 seringgit dua. sebab tu kecik-kecik sikit. (muka makcik tu masam)

aku : oh dah kira ok la ni... ok terima kasih ye cik. (sambil berlalu pergi dan blur-blur kenapa makcik tu cakap pasal harga lak ni?? konpiussss)

lepas beli aku pun jalan balik ke flat, tengah jalan- jalan sambil mengunyah kuih itu tiba-tiba aku terpikir sesuatu. Ya Allah! adakah makcik tu telah tersalah dengar ayat aku? aku cakap kecik-kecik aku selalu makan kuih ni. dan mungkin makcik tu salah dengar dia ingat aku komen kuih dia kecik-kecik. apakah? huwaaaaa T___T makcik! saya tidak maksudkan begitu............................................ oh makcik! makcik dah jual kuih ni pun saya dah rasa heaven sangat dah............. tempat lain tak jual.

masa tu rasa nak patah balik kat makcik tu tapi nanti makcik tu pelik pulak kan. takpe lah aku dah buat keputusan esok aku akan terangkan jugak kat makcik tu apa yang aku cakap td.




p/s: tapi kan yang sebenarnya kan... memang kuih makcik ni dah makin kecik gak aku tengok saiznya. hahahaha apakah? jangan esok aku datang tengok kuih ni dah besar sikit. hihihi :D kalau begitu, God bless u makcik!

Sunday, October 9, 2011

Masakan Malas tapi sedap!

Assalamualaikum dan hai.

Korang tengah buat apa? Petang-petang ahad macam ni mesti korang tengah meronggeng kan. Aku je la makhluk yang stay sahaja duduk dirumah hakhak. maka dengan itu semua housemate aku bertanya, kenapa kau x keluar? Aku jawab dengan hanya tersenyum menampakkan gigi. *yang sebenarnya aku malas nak keluar lagi-lagi naik LRT sebab kaki aku dah sakit gila sebab hari2 kena berdiri naik LRT. sejam woi. maka weekend-weekend ni aku nak rehatkan la kaki aku teeheee :D* 


Jadi daripada aku duduk sahaja kat rumah ni aku rasa aku nak share satu resipi. resipi ni mak aku yang namakan, namanya Masakan Malas (MM). kalau korang takde idea nak masak apa, boleh la try masakan ni :)


Sebab apa korang nak tau nama dia MM? sebab resipinya sangat lah ringkas tapi sedap dan hot. resipi ni mak aku yang reka  sendiri dan aku tak jumpa lagi siapa-siapa yang ada resipi yang sama. kalau ada bagitahu ye. marilah kita berkongsi-kongsi resipi. cewah. 



Masakan Malas tapi sedap

Ayam mentah 
(untuk lebih sedap ayam hendaklah diperap dengan bawang putih, halia, kunyit hidup dan garam -seperti resipi sebelum ini. klik sini ayam goreng perap)

3 ulas bawang putih (dihiris)
4 ulas bawang merah (didadu)
2 biji tomato (didadu)
sedikit serbuk lada sulah
5 biji Cili api (dihiris halus-halus)
minyak untuk menumis
 secubit garam

*ayam boleh di tukar dgn ikan.*

Cara-cara: Goreng ayam dan ketepikan. Panaskan minyak, masukkan bawang putih, bawang merah, tumis sehingga layu sedikit, masukkan cili api, biarkan garing kemudian masukkan tomato dan serbuk lada sulah, sehingga layu, masukkan sedikit air, dan garam selepas itu masukkan ayam goreng dan dah siap.

Selamat mencuba!

p/s: sorry sangat-sangat resipi kali ini tiada gambar. nanti kalau ada gambar, saya akan letakkan. Thank you for reading!

Saturday, October 8, 2011

Ayam Goreng Perap SIMPLE & SEDAP!


This recipe is quite simple yet it's so delicious. sesuai untuk kita anak-anak dara yang baru belajar masak sebab ianya sangat-sangatlah simple. 


kalau kalau korang nak tahu, setiap kali mak aku suruh aku goreng ayam dia mesti akan ingatkan aku perap guna bahan2 ni. sebab dia tau anak dara dia pemalas kadang-kadang ambik short cut dengat hanya memerap ayam tersebut dengan kunyit serbuk dan garam. haha. lepas tu kena marah. *aku la tu* sebab mak aku kata nak sedap kenalah perap guna bahan2 ni, baru terasa ummpphhh nya. baik mak.



Ayam Goreng Simple & Sedap

1 kg Ayam mentah
6 biji Bawag putih
Sebesar ibu jari tangan Halia
5 biji Kunyit hidup
Garam dan air


Cara-cara: kisar bawang putih, halia, kunyit hidup, sedikit garam dan sedikit air untuk melancarkan proses pengisaran. Tuang kedalam ayam tersebut dan perap di peti ais kemudian goreng.

*kuantiti bahan flexible. Depends pada kuantiti ayam.*


sebelum digoreng


selepas: yummies!!!



Tips: takut tangan jadi kuning?? (macam aku)

Satu lagi ramai yang tak tau sebenarnya kunyit hidup banyak khasiatnya. mak aku selalu cakap, tapi aku pulak bukan apa cuma kadang-kadang aku malas nak siang kunyit hidup tu sebab takut tangan jadi kuning. tapi lepas tu aku dapat jalan penyelesaian. 

kalau tak nak tangan kuning, lepas je selesai siang kunyit hidup tu, terus pegi basuh tangan cepat-cepat guna span dan sabun. ia akan hilang. hehe. 

kalau korang lupa nak cuci terus, cuci guna limau kasturi. hilang juga :)


maka aku sudah tidak mempunyai alasan lagi. jadi setiap kali mak aku suruh aku goreng ayam, aku akan perap dengan bahan-bahan ini. dan semestinya aku perasan dengan memerapkan ayam tersebut ia menjadi lebih sedap dan ayam menjadi lebih lembut. GULP. aku dah terbayang ni. hadoiiii. now is 12:13 am, and I am currently imagine the chicken. Damn ya. 

Last but not least for sure rasa dia takkan sama macam ayam yg diperap dengan jintan manis, jintan putih and so on yang mana lagi sedap kan. tapi at least ianya diperap juga, ringkas dan rasanya juga sedap. 

Selamat mencuba! :)

sudah cuba, don't forget to drop a comment ya. peace.


HELLO!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum and hai! 


oh my........ look at that big title. Meaning that I'm back. Again friends, I'm back. hahaha. Finally. Yeah. Dunno what suddenly has encourage me to write on this blog of Mine. (oh damn, my word M on my keyboard dah gila. sometime keluar sometimes tidak. kalau tiba2 takde word M tu paham-paham la ye.) well I thought may be due to my trainer's advice. yeah. Thanks Mr Jude. he advised us to have our own blog to create our brand. *psssttt actually having your own blog is one of the way to create your brand* he taught us that. I was quite agree with him actually. well, let's try. tak try tak tahu ye tak? :)

Dan lepas aku pikir hampir sejuta kali, I come out with new idea. what if I try to put in some new cooking recipes yang aku dah cuba dan yang aku belum cuba, because I really loveeeeeee cooking. *kalau korang nak tau la. HAHA* okey okey that the 1st one. dan lepas tu aku nak share kat korang, my dear friends info2 yang aku rase nak share because as we all know, sharing is caring! muahaha... dan lastly aku akan merepek2 sikit kat blog aku ni. macam sebelum2 ini. :)

okeylah, that's the intro.............. I'll back with some new recipes. Tunggu!!!!!!!!!!!!



p/s: hey dearie, fyi I try to write in english to improve myself. sorry for all the grammatical error! peace.

Wednesday, April 27, 2011

Long time no see, isn't??

hello!!

hurmm lamenye aku tak post kat blog aku ni kan. sebenarnye banyak sgt yg aku rase nak post tapi tak post2. jadinya tertunggak-tunggak pastu aku lupa dah ape aku nak post. gitu lah ceritanya. banyak benda aku nak share sebenarnye tapi... dah lupa. hihihi

nampak x gambar kat atas ni gamba ape *eh aku cam tanye stupid question je kan* hehehe. mestilah nampak kan. so aku rase cam nakkkk sangat memiliki bende ni. it's sooooo damn cool, I just can't imagine if I were to have this thing right now, beside me.... ohh life is soooo great!!! believe me! haha

sebenarnye sebelum2 ni aku macam x care sgt pasal bende ni.. bila org lain kata oh I want to buy this ipad, oh   please... I adore this n blah blah.. entah aku mcm xde perasaan sampai la aku nampak dengan mata kepala aku sendiri ade org yg pakai bende ni.

masa tu kat airport sebelum naek flight g dubai. aku nampak makcik2 ni tgh guna ipad ni.. dlm hati aku, pehhhhhhh makcik ni, advance gila la! pastu aku tgk org2 sekeliling2 dia... baju glamer2, hot2, cucu makcik tu pulak aku tgk dia punye headphone tu je aku dah tau da harga headphone tu mesti ratus2 punye. pastu husband makcik tu pulak pakai iphone 4. aku pun x tau iphone 4 ke ape ke. bedal je. dlm hati aku.. oooo org2 kaya rupanya, patutla ada ipad n segala mcm canggih2. ishhh... mase tu makcik tu maen fb. pehhh!! gila heaven siotttt. jelesnya aku!!! aku nak gakkkk........... makcikkk... saya nak!!! eh...ape kena mengena hidup aku ngan hidup makcik tu. dan selepas tu aku nampak lg ade org pakai mende tu, betul2 depan mata aku. ya Allah, mmg dugaan beb! tgk die scroll2 mende tu yg aku rase best sangat. hakhak.. lagi2 kalau g airport, sure akan nampak punye la......... ggggrrrrr



moral of the story:  taknak la pi airport pasni. nak keje dpt duet byk2 baru g airport. hehe

Thursday, March 24, 2011

Time flies so damnnnnnn fast!


eh eh lamanye aku tak bukak ini belog! kenapa kenapa ha????? hehehe sebenarnya arini aku mcm tersedar something. masa berjalan sangatlahhhh pantas. korang rase gitu tak? dah nak masuk bulan april. PEHHHHHH. tak terkata la. aku ni pulak still tak berkembang-kembang. badan je berkembang. haihhhh. 

apa aku nak wat lepas semua ni selesai ek? riso bebeno la. macam2 planning tapi sampai semua selesai baru boleh realisasikan plan tersebut. mintak-mintak aku dapat petunjuk la nanti. i do realllyyyyyyyyy hope so. Aminnnn.

dah nak masuk bulan april ni, fikiran aku kinda wah wah wah.......................... masa sangat pantas berlalu!!! (eh aku ni tak habes-habes masa pantas berlalu) bukan ape, teringat kenangan2 lama, aku ni mana boleh bagi masa berjalan gitu je, aku mesti akan rewind2 balik apa yg jadi 1,2,3 tahun lepas. kenangan kenakan kawan aku masa besday. hahahaha. tak bule lupa!

okey lah... dah nak masuk april ni, hayatilah masa yg berjalan okeh. *melalut* dan yg paling penting say no to april foolllllllllllllllllllllllllllllll.... remember k!!





Friday, March 18, 2011

Confused???

Holaaa!

semalam aku ade terbaca blog si fatin liyana yg comel tu. ala fatin liyana, yg cantek2 tu, yg ala-ala model muslimah gituuuu. blog dia pun best! suka baca ayat2 dia, so selamber one! aku baca yg pasal dia g zoo kat bandung tu. part yg paling aku rasa kelakar ialah bila dia confused between poala bear and sun bear. hahaha. 


masa dia jalan2 kat zoo tu dia nampak satu bear ni pastu dia kata tu poala bear. excited gila la kan siap ajak kwn2 dia g tgk POALA bear tu. hahaha... pastu kawan dia cakap, "................. weh that's a sun bear, kita kat zoo bandung okeh" pastu dia jawab "oo okeh..........."

 HAHAHA... actually aku rasa kelakar gila. bukan apa la kan, aku rasa aku pun berpengalaman dlm mentafsir haiwan dgn nama yg salah! kuang kuang kuang.. 


xtau patung pahlawan apa. pahlawan cina kot


kami berempat

So it was in year 2008 or 2009. I can't remember which year benda ni berlaku. tapi masa tu kitorang, aku,  zeka and shikin telah diajak oleh ainis and her boyfie utk pergi satu tempat ni kat jitra, kedah. (fiza wasn't going) tempat ni ala-ala macam zoo lah, ada binatang2, and apa tah lagi. can't remember lah. hahaha.. nama tempat ni Lye Huat Garden and it's about 45 minutes perjalanan nak g tempat tu lau dr UUM. 


Masa jalan2 tu kitorang nampak la binatang2 yg lazimnya mmg ada kat zoo. memang canteks gila lah tempat tu, dijaga rapi (berbaloi dgn apa yg dibayar RM10) dan byk gak binatang2 yg ada. 






at 1st we didn't realize that this is ULAR. thought it was besen warna kuning. sebab dia x bergerak langsung.


kami pun jalan dan jalan dan tiba2 aku mcm ternampak zirafah. zirafah tau. aku pun excited gila lah kan sbb aku rase aku da lama gila x nampak zirafah

aku: weh korangggg....... jom gi sana, ada zirafah la. eee bestnya! lama x jumpa zirafah

zeka n shikin: ...............................??????

aku; weh cepat laaaaa

zeka: mana zirafah, aku x nampak pun ten

aku:  tuuuuu.... kan zirafah *sambil jalan ke arah ZIRAFAH tersebut*

zeka: mana, mane ade zirafah. eh jap. weyyyyyyyy tu bukan zirafah laaaa... tu RUSA!!!

aku: haaaa????????????????????????? yeke. kenapa aku nmpak macam zirafah. weh cuba korang tgk kulit dia mcm zirafah and bla bla bla bla...... *dah malu gila ni*

mereka: HAHAHAHAHAHAHHAHAHAAH zirafah...... zirafah kan leher panjanggg *gelak guling2*

aku: *join gelak2 gak sbb mmg habis malu dah tu*

ni la rusa yg aku salah tengok tu. ada rupa zirafah tak? ada kan. ada la ada la. 

maka itu lah cerita dia. lebih kurang sama kan dgn cita fatin liyana. hahahaha maka sejak dari hari tu aku asik kena gelak je especially zeka, bila denga zirafah je terus gelak2 pastu pandang aku. hahaha aku pun x boleh lupa... bole plak konpius mende tu!!! haihhh =D

 
segerombolan kambing yg mengejar kami

lebar tul hang menguap ya tiger!


cantek kan


and finally we end up with eating KFC totally sponsored by ainis. (oh I can still remember this) hehehe


p/s: terpaksa geledah pics2 lama utk upload. hahaha


Thursday, March 17, 2011

Thank You.


*I just wanna say THANK YOU for everything u have done for me. I really really appreciate it. may Allah bless u in whatever u do. 143*


Wednesday, March 16, 2011

No title




wehhhhhh....... bosan la bosan!! asal aku rase bosan sgt ney! selalu tak pernah pun bosan gini. ha aku tau, agaknye aku bosan ngan diri sendiri kot. haha... leh ek??


bosan taktau ape nak buat. FB bosan. sejak2 FB lembap ni aku jadi malas nak tengok, kat home tu pun tak tengok sgt most recent tu. kemainnn lembap. nak tengokk cite korea baru lepas ulangkaji My Girl. ingat nak ulangkaji lagi, tp rasenye cukup2 la, insaf2 la. hahaha


 jadi sekarang ni baru pukul 3 lebih. kerja umah sume da siap. jap lg kul 5 lebih aku nak gi goreng pisang abu. haaaaaaaaaaa cepatlah kul 5 tu dtg!!!


GULP and tiba2 aku dapat idea. aku rase ade byk lagi yg aku kena cover. so let's cover it. byk lagi benda yg harus dipelajari, di fahami sementara menanti pukul 5 itu. soooo chaww chin cawwwww..