Thursday, January 5, 2012

Belajar daripada Kesilapan


Belajar daripada kesilapan. Ye, itu lah ayat yang paling sesuai dan paling ngam untuk aku dikala ini. Actually I am not in a good mood at this moment. You know bila Stress+Geram bergabung menjadi satu and it involves money. Ohhhhhhhh. And I’ll try not to write this entry emotionally.  Senyum sikit. 

 “Dear, it looks like I’m going to tell the whole world about my problems but mind u, this can be a good example and good pengajaran to all of u yang nak rent a room. House there might be no problem as the deposit of the rental house normally amount besar-besar  dan orang takkan pandang ringan hal tu. *Orang here means the tenants. Like me. “

When it involves MONEY, Trust No One

Ini semua adalah berpunca daripada tuan rumah sewa lama aku. Haih sangat pedih rasanya bila kenangkan balik hal ni. Beberapa bulan yg lepas aku ada menyewa satu bilik kat area Ampang. Sewa 250 sebulan, Term of deposit 1+1 makna total aku kena bagi 500. Dan bila aku tanya deposit nanti dapat balik ke, dia jawab ye, masa nak keluar duit tu akan dapat balik. Fine.

Okay, semua berjalan dengan lancar, aku bayar dan aku masuk rumah tu. After 2 months duduk situ, aku beserta housemate aku yang juga mangsa keadaan  diarahkan pindah sebab rumah tu nak renovate. (katanya, betul atau tak wallahua’lam la kan)

Kitorang pun bagaikan cacing keapanasan pergi carik umah sewa baru dalam hanya 3 malam. Carik punya carik alhamdulillah kitorang jumpa rumah baru. Tapi bila tiba masa kitorang nak belah dari rumah lama tu kitorang diberitahu duit deposit kitorang akan diberi bulan November. Okay kitorang diarahkan keluar 30 September tapi dia kata dia nak bayar 1 November. Boleh bayangkan tak. Maknanye kitorang kena tunggu sebulan. Ikut suka kepala lutut dia je. Atas alasan tunggu deposit dapat dari penyewa baru. Do we look like we care?

Dorang tak piker ke kitorang nak move in rumah baru kitorang kena bayar deposit baru pulak? Dorang lupa ke penyewa dorang ni bukanlah anak raja, anak menteri mahupun anak orang kaya yang boleh dapat duit deposit baru sewenang-wenangnya. Tapi malangnya kitorang bagaikan lembu dicucuk hidung dan bersetuju dan lantas terus angkat kaki dari rumah itu. Maknanya kitorang belah dr rumah tu dengan kepercayaan penuh didada bahawa 1 November nanti diorang akan bayar balik duit kitorang tu. Bodoh tak? Bodoh kan.

Aku tak tau kenapa aku jadi macam tu. Sepatutnya aku cakap gini “Hei korang taknak bayar duit kitorang, kitorang tanak keluar” Gitu dong. Tapi malangnya nasik ayam dah jadi bubur ayam. Ape boleh buat sampai ke saat ini, minit ini, duit kitorang tu tak dapat2 jugak. Jangan kata aku tak mintak aku siap call n sms bagai tapi takde balasan. Yang lagi geram bila aku call no dia, dia boleh kata ini bukan nombor sipulan-sipulan. Hanginnya weh Tuhan je yang tau. Kau dapat bayangkan tak duit 250 yang aku boleh buat makan sebulan takpun aku boleh bayar duit sewa rumah aku yg sekarang ni sebulan jugak  burn gitu je. Rasa nak buat polis report je. Eh ada ke hilang 250 orang buat polis report. Hehe.

apa kena mengena ct dalam hal ni? Hehe.


Makanya aku nak nasihat sikit. Kepada siapa-siapa yang nak sewa bilik, jangan la jadi macam aku. Masa nak sewa rumah tu Tanya la tentang term of the deposit rumah tu. Ini sepanjang pengalaman aku la ye, samada:

1. Duit deposit tu dapat semula masa nak keluar. Maknanya kita tak payah carik tenant baru. 
(Ini macam kes aku, So kalau dapat yang ni, SILA make sure sebelum angkat kaki, tangan korang dah dapat note2 duit  tersebut. Kalau tak dapat jugak jangan angkat kaki)

2. Duit deposit tak dapat balik tapi untuk bulan yang terakhir kita duduk situ kita kena inform kat tuan rumah yg kita nak keluar dan kita tak payah bayar sewa untuk bulan tu. 
(This one quite safe. Probability kena tipu lower)

3. Duit deposit dapat balik drpd penyewa baru. Biasanya 2 minggu sebelum kita nak belah dr situ kita yg kena carik penyewa baru untuk bilik tu, penyewa baru akan byr deposit dan kita akan dapat balik deposit tu. (Ni pun safe jugak as long as korang dapat carik penyewa baru, kalau tak dapat jugak no komen.Haha)

Jadi moralnya disini kita kenalah berhati-hati la dengan term of deposit yang tuan rumah bagi kalau tak berhati-hati jadi la macam aku ni, gigit jari beb.

Kepada sipulan-sipulan, berseronok-seronok lah anda dengan duit haram yang anda dapat tu. Kenyang k e ek makan duit haram? (Opps teremosi la pulak)

Dan aku “ WAITING FOR MIRACLES THAT SOMEDAY THEY WILL RETURN MY MONEY”

The most important lessons in life are learnt from mistakes.


Peace Yo!






Saturday, December 31, 2011

Kenangan Celebrate New Year di Burj Al-Khalifa.

Assalamualaikum.

Woohoo. Harini hari last kita berada di tahun 2011. Rasanya banyak sangat kenangan sepanjang 365 hari berlalu kan. Kenangan pahit dan manis bercantum lalu kita semadikan ia sebagai salah satu kenangan dalam hidup kita. Ececeh.


Ni gambar masa malam new year. Kitorang x sempat tangkap gambar dgn manusia tinggi ni.


Yang pasti aku nak korek balik kenangan aku semasa menyambut tahun baru 2011 di negara orang. Guess what. Masa tahun baru 2011 itu hari aku berada di Dubai, dan sekarang untuk tahun baru 2012 aku berada di negara sendiri. Erk, macam lah tahun-tahun lain kau dekat negara orang kan! Okay, aku agak batak disitu. Haha. Dah setahun telah berlalu, sangat cepatkan masa berjalan.

Teringat masa malam menyambut tahun baru dekat Dubai tu, Family kakak aku ajak kitorang pergi celebrate new year kat Burj Khalifa, Dubai sebab kat situ ada macam-macam pertunjukan sempena new year ni. Kitorang pun pergi dengan semangatnya. Sebaik je selesai solat isya' kami pun bertolak menuju ke tempat yang ingin dituju.

Sampai sana, okay masih lengang. Boleh jalan dengan bahagianya. Kami pun terus pergi ke tempat dimana bunga api serta air pancut-pancut akan diadakan. Bila dah dapat tempat kami pun duduk tanpa bangun-bangun takut orang ambik tempat kami. (Tempat tu kaki lima je pun. HAHAHA)

Masa berjalan dan berjalan tiba-tiba apa yang kitorang nampak depan mata kitorang hanyalah manusia. Tiada lagi ruang-ruang kosong dan ini menandakan orang semakin ramai walhal masa tu baru pukul 10 pm. Damn damn. Kitorang mulai resah tetapi hati tetap ingin merasa menyambut detik 2011.

Lepak punya lepak, tiba-tiba kakak aku ajak balik sebab dia kata rimas sangat sampai takde ruang nak bernafas. Manusia dari setiap pelusuk negara datang untuk menyambut new year di bangunan tertinggi di dunia itu. Kitorang tak terkecuali. Huwaaaaa aku hanya mampu meraung sebab kakak aku dah ajak balik diiringi anggukan dari kepala ibuku dan juga abang iparku. Padahal dalam hati pun aku risau juga takut keadaan jadi tak terkawal.

Kitorang pun berjalan pulang. Okay, kan manusia ramai sangat kan, kitorang ambek masa hampir sejam untuk keluar dari bangunan tu. Yang best sekali, cuma kitorang berenam je yang berjalan keluar bangunan, sebaliknya hampir ratus-ratus orang menuju masuk ke dalam bangunan. Lepas tu kitorang naik kereta dan kitorang pulang ke hotel. Dalam kereta masing-masing menyesal perlu ke kitorang datang Burj Khalifa tu untuk sambut new year? Tak perlu kot. Kat Malaysia even a once pun tak pernah kot gi KLCC mahupun dataran merdeka untuk celebrate new year. HAHAHAHA.

Moral of the story : Tak payah la sambut new year kat tempat-tempat yang ditakuti keadaan akan jadi tak terkawal kerana ianya akan membahayakn kesihatan lagi-lagi kalau kita ada penyakit-peyakit yang melibatkan keadaan-keadaan seperti asthma dan yang seumpama dengannya. Maksud aku, kita sambut dekat rumah je la depan tv tak pun depan laptop. =)

Lastly, Goodbye 2011 and Welcome 2012.
(Dalam kegembiraan jangan lupa akan amaran-amaran 2012 yang telah kita ketahui. Wallahua'lam)



Sunday, December 18, 2011

Cool Blog: Nikmat Makan dan Minum

Assalamualaikum.

Hidup ini kadangkala memerlukan kita untuk membazir. Tapi kejap, kalau untuk makanan tak membazir sangat kan. *What the fish intro aku*

Baru-baru ni aku telah kepingin untuk menjamah atau menghirup ice blended yang terdapat puluhan black pearl didalamnya. Aku siap mesej kawan aku ye tanya mana nak dapat ice blended yang ada pearl-pearl. Hahaha. Tegar sungguh.  Aku memang dah jarang sangat-sangat menjenguk-jenguk dan menghapdate makanan trend terkini. (Makanan pun ada trend ke.) Ketinggalan sungguh.

Teringat dulu masa belajar kat UUM ada kawan aku ni meniaga ice blended lepas tu dia letak black pearl tu. Sangat heaven minum ice blended tu lepastu bila sedut-sedut dapat pearl. Fuhhhh... Nikmat yaw.

Dan minggu lepas masa aku jumpa member aku kat klcc aku luahkan lah rasa kepingin dihati ini. Lantas beliau berkata last week beliau baru lepas minum ice blended ada pearl-pearl kat Blog Cool. Lepas tu aku macam pelik. Weh. Cool Blog la bukan blog cool. Aku tau pun sebab aku nampak kat Ampang Park baru bukak. Hahaha. *Dalam hati : Laaa.. Cool Blog tu kedai ice blended ke. Apesal la aku taktau? Confirm a lepas ni seminggu 2,3 kali aku akan masuk kedai ni*

Dandan time tu jugak dia ajak aku pergi terjah Ampang Park untuk beli ice blended kat Cool Blog. Tegar ye kitorang dimana aku harus berpatah balik dari KLCC ke Ampang Park semula.

Aku memang terkejut sebab bila masuk je kedai ni mata aku terus tertumpu pada harga. Dan GULP.. bapak murah wei. Harga tak lebih RM 5 pun. Yabedibiduuu!!! *Jakun gila...............T__T *

Dan Taraaaaaa......... Coffee Premium Blog : RM 4.10


Nikmat hidup dikecapi bila dapat minum Ice Blended with Black Pearl kat Cool Blog sambil makan donut. Alhamdulillah... :)


p/s: thanks kawan kerana merialisasikan impian aku juga belanja aku. Teeheeee.