Sunday, October 9, 2011

Masakan Malas tapi sedap!

Assalamualaikum dan hai.

Korang tengah buat apa? Petang-petang ahad macam ni mesti korang tengah meronggeng kan. Aku je la makhluk yang stay sahaja duduk dirumah hakhak. maka dengan itu semua housemate aku bertanya, kenapa kau x keluar? Aku jawab dengan hanya tersenyum menampakkan gigi. *yang sebenarnya aku malas nak keluar lagi-lagi naik LRT sebab kaki aku dah sakit gila sebab hari2 kena berdiri naik LRT. sejam woi. maka weekend-weekend ni aku nak rehatkan la kaki aku teeheee :D* 


Jadi daripada aku duduk sahaja kat rumah ni aku rasa aku nak share satu resipi. resipi ni mak aku yang namakan, namanya Masakan Malas (MM). kalau korang takde idea nak masak apa, boleh la try masakan ni :)


Sebab apa korang nak tau nama dia MM? sebab resipinya sangat lah ringkas tapi sedap dan hot. resipi ni mak aku yang reka  sendiri dan aku tak jumpa lagi siapa-siapa yang ada resipi yang sama. kalau ada bagitahu ye. marilah kita berkongsi-kongsi resipi. cewah. 



Masakan Malas tapi sedap

Ayam mentah 
(untuk lebih sedap ayam hendaklah diperap dengan bawang putih, halia, kunyit hidup dan garam -seperti resipi sebelum ini. klik sini ayam goreng perap)

3 ulas bawang putih (dihiris)
4 ulas bawang merah (didadu)
2 biji tomato (didadu)
sedikit serbuk lada sulah
5 biji Cili api (dihiris halus-halus)
minyak untuk menumis
 secubit garam

*ayam boleh di tukar dgn ikan.*

Cara-cara: Goreng ayam dan ketepikan. Panaskan minyak, masukkan bawang putih, bawang merah, tumis sehingga layu sedikit, masukkan cili api, biarkan garing kemudian masukkan tomato dan serbuk lada sulah, sehingga layu, masukkan sedikit air, dan garam selepas itu masukkan ayam goreng dan dah siap.

Selamat mencuba!

p/s: sorry sangat-sangat resipi kali ini tiada gambar. nanti kalau ada gambar, saya akan letakkan. Thank you for reading!

1 comment: